Tiada lagi bagus, harap kes kebakaran masa Raya ini tahun menurun


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, menganjurkan kempen kesedaran dalam usaha menurunkan kadar insiden kebakaran di perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbanding dua tahun sebelumnya.

JustForex

Mengikut statistik, JBPM menerima sebanyak 65 panggilan kebakaran pada tahun 2019 dan angka meningkat kepada 66 panggilan kebakaran pada tahun lalu.

Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail berkata, antara penyumbang utama yang dikesan adalah penggunaan peralatan elektrik dan kadar penggunaan elektrik yang tinggi.

Selain itu katanya, leka semasa memasak di dapur dan membiarkan anak-anak bermain api turut dikenalpasti mengundang kepada bencana yang tidak diingini berkenaan.

“Bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku, masyarakat perlu memastikan segala peralatan elektrik dan aktiviti memasak sentiasa terjaga.

“JBPM juga menggalakkan penghuni kediaman menyediakan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran, sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2021 di Stesen Shell, Kingfisher, di sini.

Md Ali berkata, selain kebakaran, insiden kemalangan jalan raya juga salah satu tragedi yang sering dilaporkan berlaku di musim perayaan.

Katanya, berdasarkan statistik Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah, pihaknya mencatatkan sebanyak 22 kes pada tahun 2019.

“Bagaimanapun, jumlah kes menurun pada tahun lalu kepada 15 kes. Kita mengharapkan statistik ini akan menurun lagi pada tahun ini.

“Penurunan ini adalah disebabkan usaha-usaha meningkatkan kesedaran awam secara berterusan oleh pelbagai pihak menerusi media massa,” katanya.

Sehubungan itu, Md Ali menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian yang serius terhadap keselamatan kebakaran.

Katanya, begitu juga dengan pengguna jalan raya yang dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan berhati-hati semasa berada di jalan raya. – Asia Times





Source link