RELA Tuaran terima sumbangan kanopi, mask, air mineral dan hand sanitizer dari UPKO


JustForex

Pasukan RELA Tuaran menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) PDM Tuaran Bandar hari ini.

Sumbangan yang diterima terdiri daripada kanopi, air mineral, pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman.

Penyampaian disampaikan oleh Ketua PDM Upko Tuaran Bandar, Terence Lee kepada Timbalan Ketua Rela Tuaran, Tuan Fred L.

Menurut Terence, sumbangan itu bagi membantu keperluan pasukan Rela Pekan Tuaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut hadir Mantan Kapitan Teo, ahli ahli PDM UPKO Tuaran Bandar dan anggota pasukan Rela Tuaran.

Pasukan Rela berterima kasih atas keprihatinan UPKO dan segala sumbangan yang telah diberikan.





Source link