Kes Covid-19 masih tinggi, ini hari ada 4,446 kes baru


JustForex

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,446 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan itu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 474,556 kes.

Dalam catatan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,650 kes.

Ini diikuti oleh Sarawak (433), Johor (391), Kelantan (343), Kuala Lumpur (297), Negeri Sembilam (243) dan Kedah (236).





Source link