JKNS LAKSANA KAWALAN JANGKITAN VIRUS POLIO …ekoran pengesahan satu kes kejadian dijangkiti virus polio di negeri Sabah.


Frankie (kanan) ketika mengadakan sidang media.

JustForex

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU:
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)telah melaksanakan langkah-langkah kawalan
jangkitian virus polio berikutan satu kes kejadian yang disahkan dijangkiti
virus polio di negeri Sabah.

Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan akhbar telah memaklumkan kes
itu merupakan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia yang berumur tiga bulan
dan berasal dari Tuaran.

Menteri
Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frabnkie Poon Ming Fung berkata, kes
pada mulanya mengalami demam dan seterusnya diikuti dengan lemah anggota badan.

“Pesakit
kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih
memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, kes
itu telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6
Disember yang diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus
type 1 (cVDPV 1).2019.

“Bagi
menangani penularan penyakit ini, pihak Jabatan Kesihatan negeri Sabah telah
melaksanakan langkah-langkah kawalan jangkitian virus polio yang
sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Frankie
berkata, aktiviti pencarian kes-kes acute flaccid paralysis (AFP) iaitu proksi
kepada penyakit polio myelitis di kawasan sekitar tempat tinggal kanak-kanak
itu telah dan  sedang dijalankan.

Menurutnya,
sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang
bergejala AFP dikesan.

Beliau
berkata, siasatan bagi mengenalpasti punca jangkitan masih diteruskan dan ini
termasuklah pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak tersebut dan
sampel persekitaran bagi pengesanan kehadiran virus polio.

Selain daripada itu, katanya, ktiviti pemberian imunisasi tambahan (SIA) di kawasan tempat tinggal kes dibuat dan akandiperluaskan ke kawasan lain yang berisiko bagi memastikan penularan terhenti.

“Ia juga
bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatkan terutamanya di kalangan
kanak-kanak yang tercicir imunisasi,” katanya.

Frankie
berlata, pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah-langkah
pencegahan sedang giat dijalankan di kawasan terlibat.

Beliau
mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan penjagaan kebersihan terutamanya
amalan mencuci tangan diri serta penggunaan tandas yang sanitari.

“Ini
adalah kerana penyakit Polio ditularkan melalui “fecal oral route”,”
katanya.

Penduduk
setempat juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di  fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya
mempunyai gejala AFP ataumemaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat
kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.

Penyakit polio
merupakan salah satu penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui pemberian
imunisasi. Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan kekal.

Lazimnya
penyakit ini merebak melalui oral- fekal dan boleh juga melalui makanan dan air
yang tercemar.

Di bawah
Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan, empat (4) dos vaksin polio diberikan
dengan menggunakan vaksin kombinasi Difteria, Pertussis, Tetanus dan  Haemophilus influenza B.

Ia diberikan
kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Pihak Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah juga menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam
persekitaran melalui persampelan air kumbahan di enam (6) loji rawatan air
kumbahan terpilih.

Sehingga kini,
tiada virus polio liar (wild) atau circulating vaccine-derived poliovirus
(cVDPV) dikesan dalam sampel persekitaran.

Frankie
berkata, Negeri Sabah tidak pernah melaporkan kes Poliomyelitis sebelum ini.
Kes polio  terakhir di Malaysia berlaku
pada tahun 1992.

Katanya,
penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta
Pencegahan dan

Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, bagi
memastikan Malaysia bebas daripada penyakit polio, pemantauan gejala penyakit
yang menyerupai gejala penyakit polio iaitu Acute Flaccid Paralysis (AFP)
dijalankan kepada kanak- kanak berumur kurang daripada 15 tahun di semua
fasiliti kesihatan di

Malaysia.

“Sekiranya
terdapat kes-kes AFP dilaporkan, siasatan lengkap akan dijalankan,”
katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *